Tuesday, December 22, 2009
Apa nak buat bila.......
pernah rasa marah?sakit hati?geram?mesti semua orang pernah rasa semua tu kan? apa nk buat kalo rasa semua tu? adakah marah kepada orang yang menyebabkan kita marah? adakah belasah mereka? menangis? diam?
Apa yang perlu kita buat...sebagai manusia kita xterlepas dari semua ni...perasaan ni semua manusia ada...sabar...hanya sabar yang perlu kuat dalam diri masing-masing. banyak kelebihan bagi orang-orang yang bersabar.
harap diri ini sentiasa tergolong dalam golongan orang-orang yang bersabar...
koreksi diri, refleksi diri, muhasabah diri...
Tuesday, December 8, 2009
Menjernihkan Hati
Hati adalah kompas bagi kehidupan manusia. Ia akan menjadi titik koordinat yang menuntun ke mana perjalanan hidup kita hendaknya di arahkan. Bila ia terjaga dan terkawal dengan baik, kehidupan akan lebih terarah dan lebih baik. Kualiti hidup kita pun akan naik lebih tinggi. Sebaliknya, bila ia kotor dan rosak, sistem navigasi yang dipantulkannya pun suram dan gelap. Hidup pun tidak akan nampak cerah sebagaimana yang kita harapkan.
Berbangga diri, ingin dilihat dan dipuji orang(riya'), iri, sombong, khianat, dan buruk sangka adalah virus-virus penyakit yang dapat mengotori dan merosakkan hati. Virus-virus inilah yang nantinya akan mendekatkan diri kita pada hal-hal yang nista, dan menjauhkan diri kita dari kepasrahan dan keikhlasan kepada Allah.
-sinopsis daripada buku MENJERNIHKAN HATI karangan AMR KHALID-
Sunday, December 6, 2009
Bicara Hatiku
Kau masih tersenyum
Walaupun terlihat duka tangisanmu
Merindukan warna kedamaian
Menanti bahagia beraja di situ
Bilakah….
Kan berakhir kisah derita
Apakah... tiada penghujungnya
Manakah jawapannya
Laungkan tulus kasihmu seluruh alam
Hingga bisa menggegar bumi
Moga mereka terima utusan salam
Tanda kau masih di sini
Khabarkan kepada mereka
Masih ada cinta mewangi di sini
Dan khabarkan kepada dunia
Damai yang kau cari
Akan kau miliki
Pasti….
Friday, December 4, 2009
-Janji-
(Ali 'Imran:76-77)
hmmm....begitu dasyatnya azab Allah bg mereka yang tidak mengotakan janji. Mulut manusia kadang-kadang memang manis bila bercakap..sampai tak sedar sudah berjanji...peringatan untuk diri sendiri juga yang sering lupa, moga dapat terus menjadi seorang yang boleh menunaikan janji kepada ornag lain. yang lebih utama janji dengan Allah, Insyaallah..
Wednesday, December 2, 2009
Cerita hari ini...
walaupun penat aku kena la gk abiskan lagi 20 data lagi kot untuk di reconstruct...itu belum remesh n measure lg...waaaa banyak lagi..target aku nk abiskan measurement hujung tahun ni gk sebab nak wat proposal untuk present sem depan...xpe2 aku akn cuba yang terbaik...doakan aku ye supaya boleh buat yg terbaik...
2 je yang aku wat arini...bosan edit tulang temulang 2, jln2 kaco labmate jap...hehehe buat hilang bosan..hahaha..
Tuesday, December 1, 2009
KORBAN VS IKHLAS
IKHLAS adalah penyatuan setiap ucapan, perbuatan, dan apa saja yang kita lakukan di dunia ini hanya untuk satu tujuan iaitu mencapai keredhaan Allah yang maha esa. Ikhlas adalah hal yang sangat penting jika kita ingin hidup bahagia di dunia dan akhirat. tapi ukuran ikhlas kita hanya Allah yang mengetahui..
Bila difikir-fikir semula apakah kita telah berkorban?teringat cerita sahabat-sahabat tentang pengalaman di mukhayyam...hmmm...memang menguji diri...berkorban apa sahaja semata-mata kerana Allah..Benarkah diri telah berkorban?..Mudah-mudahan hati ini masih kuat berada di jalan yang benar..jalan yang engkau redhai Ya Allah..
Friday, November 13, 2009
STF
Monday, November 2, 2009
Hidup ini satu ujian
kawan2....bersabarlah dengan bebanan kerja yang tertanggung atas diri kita ye...ini baru sikit je kalo nk di bandingkan dengan bebanan yang rasulullah tanggung dulu..kita baru dapat ujian sket, dah terasa berat sangat...mmg kita ni x sempurna n thats why kita di uji dengan cara begini...allah menguji kita hanya untuk mengetahui adakah kita boleh bersabar atau sebaliknya...
Friday, October 23, 2009
Cetusan rasa
masa berlalu cepat sangat...kejap je semua orang pergi dari teratak kami...selamat berjuang sahabat-sahabatku...kalau diikutkan hati, xnk berpisah dengan kalian semua tapi apakan daya semuanya dah ditentukan allah...aku masih di sini meneruskan apa yang telah diamanahkan..
sahabatku...
kita bertemu keranaNya
kita juga berpisah keranaNya
masihkah ingat lagi...
kita sama-sama jatuh bangun dalam medan ini?
kita gembira dan sedih bersama?
tapi kita hadapi semua itu...
Sahabatku...
andai aku xdpt memenuhi hajat kalian...
maafkanlah aku...
andai aku banyak menyakitkan hati kalian...
maafkanlah aku..
andai aku xdpt menyumbang pada kalian...
maafkanlah aku...
aku insan yang xsempurna..
tapi sahabatku...akan ku cuba memenuhi
apa yang xmampu aku lakukan sekarang..
doaku pada kalian moga berjaya dalam apa jua
yang kalian lakukan...
smoga diberi kekuatan menempuh segala ujian dan rintangan di tempat baru...
(cetusan rasa hati seorang sahabat buat kak diyana,mar, miah dan yanti...will miss u all)
Friday, October 16, 2009
Insyaallah
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah (3x)
Insya Allah you`ll find your way
Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah (3x)
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah (3x)
Insya Allah you`ll find your way
Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
O Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way (2x)
Insya Allah (3x)
Insya Allah we`ll find the way
Saturday, October 10, 2009
datang dan pergi...
Sahabat, kawan, teman, rakan....semuanya membawa maksud yang tidak berbeza...semua orang ada kawan, ada sahabat, ada teman dan juga ada rakan cuma mereka sendiri yang menilai sejauh mana persahabatan mereka...tapi sukar nk cari seseorang yang boleh bersama di saat senang ataupun susah..
Sahabat datang dan pergi..entah berapa lama dia dapat bersama kita, kita x tahu pun...hargailah mereka yang bergelar sahabat...yang sanggup ketawa dan menangis bersama-sama kita walau di mana pun berada.
Sunday, September 27, 2009
Raya tahun ini....
at last dapat masuk jumpa adik kt dlm emergency tu..dia baru je sedar dr pengsan...nampak je mak dia terus nangis..jenuh nk pujuk dia..kt dalam tu xleh tunggu ramai2, so aku je yg tunggu coz kalo mak tunggu dia dok nangis la xhenti2..kesian kt mak...adik mengadu yg dia xingat pape..yela sebab kepala dia terhantuk....sedar2 da ada kat hospital...yang lawaknya adik aku ni..dalam sakit2 tu bleh tanya telefon dia, bg semua duit raya dia kt aku...then sempat lagi topup hp dia..ish3...bila tanya smula malam 2, dia xingat pun ila dia topup...tindakan luar sedar...
pas dr periksa dia n kawan dia, adik kena tahan di wad...dr nak periksa takut ada apa2 berlaku sebab dia pengsan...dengar je kena tido kat wad, apalagi gugurla air mata dia..huhuhu..jenuh aku sebagai kakak nk pujuk..last2 dia ok ja..bawak dia p xray skull n then teman g wad. kesian lak kt dia, so aku pun tunggu la dia kt wad..demi adik walaupun kena tido atas kerusi yg xempuk.kerusi bas express g best la.(tp tetap bersyukur)..so aku tido kt hospital la mlm 2...petang raya kedua baru bleh keluar..adik nmpak letih sangat sampai xlalu makan..balik umah dia tido je...petang tu sempat gk aku p beraya ngn geng2 skpm...
esoknya(raya ke-3) sambung beraya ngn geng2 skpm...p beraya umah kawan2 sekampung...umah yg aku xpenah pun aku p..hehe...lawak lak..hehehe. smp petang gk la beraya..best gk sekali sekala kumpul ngn geng lama..cerita zaman kecik2...hohoho..
pastu esoknya sambung lagi...kali ni aku p jitra lak...menghadiri majlis akad nikah x-housemate aku..hmmm bagai pinag di belah dua, sama cantik sama padan....then beraya lagi di alor star n perlis..uih...jauh perjalanan..aku balik umah petang tu gak sebab esoknya nk bertolak balik jb..tu yg xdpt join geng2 skpm bbq jumaat malam...ada hikmah di sebalik semuanya...
xsampai jb lagi singgah beraya di kuala pilah la plak...kenyang btol aritu...asyik makan je dr pagi..sempat g jln2 lagi kt sri menanti..hehehe..hmmm, last skali sampai gk jb...jaulah utara selatan...
seronok2 gak tapi tetap kena alert setiap yg berlaku di sekeliling kita...setiap yg berlaku mungkin ada hikmahnya dan mungkin sebagai peringatan buat kita semua yg sering lalai dan alpa.
Sunday, September 13, 2009
10 malam terakhir
muhasabah diri???hmmm...setiap hari ada saja tuntutan kerja yg perlu dipenuhi...lumrah kehidupan, masa yg ada jika xdigunakn untuk perkara-perkara yg baik maka ia akan sia-sia sahaja...moga-moga diri ini berada di landasan yg betul...
10 mlm terakhir ini harus dimanfaatkan dengan sebaik mungkin..moga-moga allah menerima segala amalan kita dan taubat kita...
bulan ramadan bulan yang penuh keberkatan...manfaatkan sebaik-baiknya.
(tiada idea nk sambung menulis...huhuhu...)
Thursday, September 3, 2009
Friday, August 28, 2009
Ramadhan..
harapnya masih tidak terlewat untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat islam di seluruh dunia..moga kedatangan ramadhan kali ini memberi seribu makna buat semua..rebutlah peluang untuk beribadat dengan sebanyak mungkin kerana kita tidak tahu mungkin ini adalah ramadhan yg terakhir buat kita...
ramadhan merupakan bulan yg mulia, seharusnya kita mengambil peluang ini dengan sebaik mungkin...moga segala amal ibadat kita di terimaNya...
Tuesday, July 14, 2009
Baca?
lepas ni kena baca buku banyak2 tau...xkira la buku apapun fikrah ke bukan fikrah ke...at least seminggu kena gk baca buku..insyaallah aku akan cuba..(bukan cuba tapi mesti!!!)..bhn bacaan lain pun boleh jugak..ini x paper pun sekadar belek yang pentng je..huhuhu
p/s:motivasi untuk diri sendiri untuk membaca:)
Thursday, June 25, 2009
Kesibukan melanda..
dgr cam senang kn plot graf je tp sebenarnya ade lg 11 CT imej yg aku xmeasure sebab ni sume data baru n dr 11 data 2, ada lg 4 lg yg aku belum edit jd tulang sempurna..waaaaaaaaa sakit mata dah ngadap kom...tp terpaksa gk wat...kalo x, xsiap la keja aku...huhuhu...sabar2...masih ade masa lagi...harapnya aku sempat siapkan graf yg dr nk mggu depan sebab mesti dia nk tgk lepas dia blik dr oversea..fuh...penat2 tp xpela semua ni ilmu yg berguna...:)
Monday, June 22, 2009
Bulan Rejab
Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.
betapa mulia nya bulan ini sehingga rasulullah sendiri mengharamkan pertumpahan darah terjadi dlm bulan ini.
Antara peristiwa-peristiwa penting dalam bulan Rejab:
1.Hijrah Pertama
Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.
Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.
2. Isra' dan Mi'raj
Isra'dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.
Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.
Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan yang kuat.
Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi'tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi), sebahagiannya berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi'tsah; sebahagiannya berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang sebahagiannya pula berpendapat lain dari semuanya itu.
Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya "At-Tobaqatil Qubra", bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang amat bersejarah itu.(Tazkirah, Pusat Zakat N. Sembilan)
3. Perang Tabuk
Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran
4. Pembebasan Baitul-Muqaddis
Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.
5. Lahirnya Imam Syafie RH.
Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.
Sumber: Al-Azim.comThursday, June 18, 2009
KENAPA AKU DI UJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa
mereka dibiarkan saja
mengatakan; "Kami telah beriman,"
sedangkan mereka tidak diuji? Dan
sesungguhnya kami telah menguji org2
yg sebelum mereka, maka sesungguhnya
Allah mengetahui org2 yg benar dan
sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg
dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-
IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu
padahal ia amat baik bagimu, dan boleh
jadi pula kamu menyukai sesuatu,
padahal ia amat buruk bagimu, Allah
mengetahui sedang kamu tidak
mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu
melainkan sesuai dengan
kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286
RASA FRUST?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan
janganlah pula kamu bersedih hati,
padahal kamulah org2 yg paling tinggi
darjatnya, jika kamu orang-orang yg
beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman!
Bersabarlah kamu (menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara-
perkara yang berkebajikan), dan
kuatkanlah kesabaran kamu lebih
daripada kesabaran musuh, di medan
perjuangan), dan bersedialah (dengan
kekuatan pertahanan di daerah-daerah
sempadan) serta bertaqwalah kamu
kepada Allah supaya, kamu berjaya
(mencapai kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200
"Dan mintalah pertolongan (kepada
Allah) dengan jalan sabar dan
mengerjakan sembahyang; dan
sesungguhnya sembahyang itu amatlah
berat kecuali kepada orang-orang yang
khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45
APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr
org2 mu'min, diri, harta mereka dengan
memberikan syurga utk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada
Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya
aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129
AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa
drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada
berputus asa dari rahmat Allah
melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12
Renung2 kan lah ye..;)
edit tulang...
apepun...aku kena teruskan juga sebab kalo x, tulang rrangka 2 xsiap la...hehehe...
chaiyok2x...
Tuesday, June 2, 2009
Selamat Hari Lahir
Lamanya xupdate...kekeringan idea yg da sedia kering..hehe...hari ni umur aku dah 23tahun...Ya Allah sekejapnya masa berlalu...xsangka umur aku da meningkat setahun lagi...terlalu cepat rasanya masa berlalu...aku terfikir juga apa yang aku da buat sepanjang usia aku ni...apa yang telah aku sumbangkan selama ini...hmmm...semakin difikir-fikir terlalu sedikit apa yg aku telah sumbangkan...mudah-mudahan Allah permudahkan jalan untukku berbakti di atas jalanNya...
hmmm...terharu aku bila dapat ucapan selamat hari lahir dari kawan2 dan famili..terima kasih semua kerana masih mengingati...ucapan-ucapan ini membuatkan aku terfikir yang aku sebenarnya semakin jauh mengembara di dunia ini...semakin singkat masa yang ada untuk berbakti di jalanNya...ya Allah semoga kau kuatkanlah aku untuk menempuh perjalanan hidup ini...
terima kasih kak sharq yang susah2 je buatkan trifle utk aku...aku xminta apa2 pun...cukuplah sekadar doa agar kita semua masih dapat bersama berjuang di bumi Allah ini..masa nk g makan tengahari tetiba dapat sms...msg dia berbunyi camni...
"Ya Allah kau berkatilah insan yang baik ini,limpahkanlah rezekiMu padanya, tambahkan iman & keinsafannya, bahagiakan dia & dan keluarganya. Mudahkan hidup & urusannya. Terimalah ibadah &amal jariahnya. Ampuni segala dosanya, kedua ibu bapanya dan keluarganya. Hepi besday yg ke 23thn."
abg aku yang menghantar sms ini...ya Allah terharunya aku menerima sms dari seorang abang yg aku sayangi...jazakallah ya akhi...
Jzkk semua...semoga ukhuwwah kita terus mekar selamanya:)
Monday, May 18, 2009
update
anyway harap xterlambat nk ucap kt semua cikgu, pendidik n sesiapa je yg terlibat dlm dunia pendidikan selamat hari guru, selamat hari pendidik...jasa kalian amat banyak..tanpa kalian semua siapalah aku...moga terus sukses wahai pendidik..
Thursday, May 7, 2009
Mukhayyam Datang Lagi....
Ish..da melalut ke tempat lain lak ye...hmmm xsabar nk pegi ptg ni sbnrnya...dah bgtau dr nk blik awal...alhamdulillah dr bagi blik awal..betapa Allah permudahkan segalanya...terima kasih ya Allah kerana mudahkan segalanya...moga dengan bantuanmu ini program akan berjalan dgn lebih lancar...
Tuesday, April 28, 2009
UKHUWAH ITU INDAH
haaaa...ade satu cite nk cite kt semua...kisah ttg ukhuwah...citenya camni...puncanya LIPAS....wah, bunyi cam suspen je..hehe...ade la sorang kawan ana ni yg memangg anti gile ngn lipas...satu hari dia ternampak lipas, terus melompat keluar dr bilik...yang lain pn lebih kurang sama je...takut lipas...ana ni nk kata berani xla sgt...geli jela..dengan berhati2 operasi mencari lipas pn di mulakan...suspen je bunyi...hahaha...lipas di jumpai di sebalik radio kemudian beralih ke bawah katil...haih, penat main kejar2 ngn lipas...ade la dlm 10 minit...akhirnya lipas berjaya di hapuskan...hehe..sahabat ana yg takut lipas 2 pn lega...lebar senyuman..itulah antara ukhuwah kami..hehehe...saling tolong menolong...
Rindunya...
ptg semalam pas blik keja....tetiba dpt msg dr adik....'kak, da dpt gj blm...mak tanya.' Alamak mak da risau..terus telefon mak bgtau yg da dpt gj...aku tanya gk mak kenapa, nk bagi duit ke kt akk?...hehe...gurau je...mak gtau ayah pulak yg risau camne nk blik kpg if xde duit...mak, ayah jgn risau anakmu dalam keadaan baik saja..alhamdulillah di kelilingi oleh sahabat2 yg baik hati...berkat doa mak ayah akk selamat di sini...
betapa aku rindukan mak, ayah, adik2 n semua famili di kpg...tunggu kepulangnku ptg ni...(btol ke trus blik umah?)...hmmm...lmbt sket smp umah sbb tumpang abg...so kena singgah umah dia dulu tp xpela dpt jumpa anak2 buah yg comey2 cam aku...hehe(ye ke?)