Pages

Tuesday, December 8, 2009

Menjernihkan Hati

Tuesday, December 8, 2009
"Di dalam diri manusia itu ada segumpal daging, yang dapat mempengaruhi baik dan buruknya aktiviti manusia. Segumpal daging yang dimaksudkan itu adalah hati. Jika hati baik, baiklah perilakunya. Begitulah sebaliknya, jika hati rosak, rosaklah semua aktiviti ibadahnya di dunia ini."

Hati adalah kompas bagi kehidupan manusia. Ia akan menjadi titik koordinat yang menuntun ke mana perjalanan hidup kita hendaknya di arahkan. Bila ia terjaga dan terkawal dengan baik, kehidupan akan lebih terarah dan lebih baik. Kualiti hidup kita pun akan naik lebih tinggi. Sebaliknya, bila ia kotor dan rosak, sistem navigasi yang dipantulkannya pun suram dan gelap. Hidup pun tidak akan nampak cerah sebagaimana yang kita harapkan.

Berbangga diri, ingin dilihat dan dipuji orang(riya'), iri, sombong, khianat, dan buruk sangka adalah virus-virus penyakit yang dapat mengotori dan merosakkan hati. Virus-virus inilah yang nantinya akan mendekatkan diri kita pada hal-hal yang nista, dan menjauhkan diri kita dari kepasrahan dan keikhlasan kepada Allah.


-sinopsis daripada buku MENJERNIHKAN HATI karangan AMR KHALID-

0 comments:

Post a Comment

 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting