Pages

Tuesday, December 22, 2009

Apa nak buat bila.......

Tuesday, December 22, 2009 0
Salam....dah lama gk xjenguk blog ni...xde perubahan pun..semakin sibuk tapi cuba jugak cari masa untuk update blog...

pernah rasa marah?sakit hati?geram?mesti semua orang pernah rasa semua tu kan? apa nk buat kalo rasa semua tu? adakah marah kepada orang yang menyebabkan kita marah? adakah belasah mereka? menangis? diam?

Apa yang perlu kita buat...sebagai manusia kita xterlepas dari semua ni...perasaan ni semua manusia ada...sabar...hanya sabar yang perlu kuat dalam diri masing-masing. banyak kelebihan bagi orang-orang yang bersabar.

harap diri ini sentiasa tergolong dalam golongan orang-orang yang bersabar...


koreksi diri, refleksi diri, muhasabah diri...

Tuesday, December 8, 2009

Menjernihkan Hati

Tuesday, December 8, 2009 0
"Di dalam diri manusia itu ada segumpal daging, yang dapat mempengaruhi baik dan buruknya aktiviti manusia. Segumpal daging yang dimaksudkan itu adalah hati. Jika hati baik, baiklah perilakunya. Begitulah sebaliknya, jika hati rosak, rosaklah semua aktiviti ibadahnya di dunia ini."

Hati adalah kompas bagi kehidupan manusia. Ia akan menjadi titik koordinat yang menuntun ke mana perjalanan hidup kita hendaknya di arahkan. Bila ia terjaga dan terkawal dengan baik, kehidupan akan lebih terarah dan lebih baik. Kualiti hidup kita pun akan naik lebih tinggi. Sebaliknya, bila ia kotor dan rosak, sistem navigasi yang dipantulkannya pun suram dan gelap. Hidup pun tidak akan nampak cerah sebagaimana yang kita harapkan.

Berbangga diri, ingin dilihat dan dipuji orang(riya'), iri, sombong, khianat, dan buruk sangka adalah virus-virus penyakit yang dapat mengotori dan merosakkan hati. Virus-virus inilah yang nantinya akan mendekatkan diri kita pada hal-hal yang nista, dan menjauhkan diri kita dari kepasrahan dan keikhlasan kepada Allah.


-sinopsis daripada buku MENJERNIHKAN HATI karangan AMR KHALID-

Sunday, December 6, 2009

Bicara Hatiku

Sunday, December 6, 2009 0
Dalam lesu
Kau masih tersenyum
Walaupun terlihat duka tangisanmu
Merindukan warna kedamaian
Menanti bahagia beraja di situ

Bilakah….
Kan berakhir kisah derita
Apakah... tiada penghujungnya
Manakah jawapannya

Laungkan tulus kasihmu seluruh alam
Hingga bisa menggegar bumi
Moga mereka terima utusan salam
Tanda kau masih di sini

Khabarkan kepada mereka
Masih ada cinta mewangi di sini
Dan khabarkan kepada dunia
Damai yang kau cari
Akan kau miliki
Pasti….

Friday, December 4, 2009

-Janji-

Friday, December 4, 2009 0
Ketika mentadabbur ayat-ayat Allah tadi, aku tertarik dengan ayat ni:

"Sebenarnya barang siapa menepati janji dan bertakwa, maka sungguh, Allah mencintai orang-orang yang bertakwa. Sesungguhnya orang-orang yang memperjualbelikan janji Allah dan sumpah-sumpah mereka dengan harga murah, mereka itu tidak memperoleh bagian di akhirat. Allah tidak akan menyapa mereka, tidak akan memerhatikan mereka pada hari kiamat, dan tidak akan menyucikan mereka. Bagi mereka azab yang pedih."
(Ali 'Imran:76-77)

hmmm....begitu dasyatnya azab Allah bg mereka yang tidak mengotakan janji. Mulut manusia kadang-kadang memang manis bila bercakap..sampai tak sedar sudah berjanji...peringatan untuk diri sendiri juga yang sering lupa, moga dapat terus menjadi seorang yang boleh menunaikan janji kepada ornag lain. yang lebih utama janji dengan Allah, Insyaallah..


Wednesday, December 2, 2009

Cerita hari ini...

Wednesday, December 2, 2009 2
Arini xde pape nak cite...cuma nk kongsi apa yg aku wat kt lab..macam biasa la mengadap data CT scan lutut.bak kata labmateku nnt jd pakar lututologi(suka-suka dorg je bg nama camni...ish3 layan jela...) Mengedit slice by slice smp la jadi 3D model..1 hari kalo aku tekun wat betul2 bolehla siapkan 3 atu 4 model tp susah gak coz kdg error...kena la buang 1 per 1 semua artifak kt image 2...penat...

walaupun penat aku kena la gk abiskan lagi 20 data lagi kot untuk di reconstruct...itu belum remesh n measure lg...waaaa banyak lagi..target aku nk abiskan measurement hujung tahun ni gk sebab nak wat proposal untuk present sem depan...xpe2 aku akn cuba yang terbaik...doakan aku ye supaya boleh buat yg terbaik...

2 je yang aku wat arini...bosan edit tulang temulang 2, jln2 kaco labmate jap...hehehe buat hilang bosan..hahaha..



imej 1 slice lutut (femur)

Tuesday, December 1, 2009

KORBAN VS IKHLAS

Tuesday, December 1, 2009 0
Salam...hari raya aidiladha baru je berlalu beberapa hari...hmmm..aidiladha...korban...apa ertinya pengorbanan yang sebenarnya?pengorbanan yang macam mana yang baru dikatakan pengorbanan yang sebetul-betul korban..pengorbanan memerlukan keikhlasan..apa pula ikhlas?

IKHLAS adalah penyatuan setiap ucapan, perbuatan, dan apa saja yang kita lakukan di dunia ini hanya untuk satu tujuan iaitu mencapai keredhaan Allah yang maha esa. Ikhlas adalah hal yang sangat penting jika kita ingin hidup bahagia di dunia dan akhirat. tapi ukuran ikhlas kita hanya Allah yang mengetahui..

Bila difikir-fikir semula apakah kita telah berkorban?teringat cerita sahabat-sahabat tentang pengalaman di mukhayyam...hmmm...memang menguji diri...berkorban apa sahaja semata-mata kerana Allah..Benarkah diri telah berkorban?..Mudah-mudahan hati ini masih kuat berada di jalan yang benar..jalan yang engkau redhai Ya Allah..
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting