Pages

Sunday, November 13, 2011

Zulhijjah, November...

Sunday, November 13, 2011 3
Assalamualaikum...

Zulhijjah 1432H datang bertamu lagi...Ya Allah cepatnya masa berlalu..hari ni dah 17 Zulhijjah..seperti biasa bulan Zulhijjah, bulan haji, bulan pengorbanan...musim haji pun dah habis..jemaah haji kumpulan pertama pun dah berangkat pulang ke Malaysia. semoga haji mereka diterima oleh Allah. Aku juga teringin sangat nak ke sana..mengadap kaabah...beribadat di tanah suci...bila dengar lagu waiting for the call-Irfan Makki...sayu je rasa..masih bersabar menanti saat itu (mudah-mudahan termakbul)..

Aidiladha disambut dengan sederhana di kampung bersama mak ayah,abang ,kakak dan adik-adik...walaupun tak semua abang kakak balik tapi kemeriahan tetap dirasa...hujan sepanjang hari pada hari raya...begitu juga hari raya kedua dan ketiga...abangku demam, denggi katanya...sampai sekarang masih belum sembuh...bacaan platlet semakin menurun dan hari ni aku dapat sms dari abangku bahawa dia mungkin dimasukkan ke icu kerana bacaan platlet semakin menurun...tinggal 25..ya Allah sembuhkanlah abangku...berikanlah dia kesabaran menghadapi ujian dariMu...rasa macam nak pergi sana je...kesian my sis in law...semoga tabah kak liza...

bila bercakap tentang pengorbanan, ya banyak yang perlu aku korbankan walaupun ia amat menyakitkan dan mengecewakan...kerna aku percaya pasti ada ganjarannya...ya Allah, kau tetapkanlah hatiku...perngorbanan itu perlu diteruskan jua...(fitd, boleh...boleh...boleh)

Owh, Zulhijjah jatuh dalam bulan November...bermaksud dah penghujung tahun 2011...aku masih lambat rasanya...so pecutan perlu dilakukan...ya Allah permudahkanlah urusan aku..

P/S:Tahniah kepada kawan-kawan yang melansungkan perkahwinan
       Tahniah kepada kawan-kawan yang menimang cahaya mata
     
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting