Pages

Friday, February 10, 2012

Friday, February 10, 2012 0
seminggu lepas...saya duduk mengadap pc....
memikirkan sesuatu sedangkan kerja terbentang di depan mata...fikiran entah ke mana
tiba-tiba...
dapat satu mesej dari anak binaan saya mengatakan bahawa dia rasa serabut...kosong...
Ya Allah,sentap rasa hati ini...saya rasa sangat lemah, rasa saya macam tak buat apa-apa untuk dia..mudah-mudahan tidak...
saya reply mesej dia dengan sebaiknya...peringatan buat diri saya..
saya bersyukur sangat sebab kehadiran dia dan yang lain-lain yang menjadi amanah saya untuk membentuk mereka membuatkan saya rasa lebih alert tentang tugas saya...mereka banyak memberi saya pengajaran dan peringatan secara langsung atau tidak...

sebabnya...saya juga manusia biasa, punya kelemahan diri...bukan sikit tapi banyak sangat...mudah-mudahan Allah permudahkan urusan saya dan mereka...saya sayang mereka kerana Allah

Saturday, January 28, 2012

Jaulah kami...

Saturday, January 28, 2012 0
Cuti CNY saya dan housemate di skudai...
tak dapat pulang ke kampung atas sebab-sebab tertentu
tapi...
Allah kurniakan kami masa yang sangat indah bersama...
Subhanallah, Dia Maha Mengetahui segalanya...
kami berjaulah ke Tanjung Sedili, Kota Tinggi...
selebihnya biarlah gambar yang berbicara...

jauh perjalanan, luas pemandangan

 awan biru,pokok hijau

subhanallah indahnya ciptaanMu

saujana mata memandang...ada ketenangan di sini
bersedia dalam barisan untuk dipanggang

 hmmmm yummy...sedap dan manis...terima kasih Allah

kami namakan jaulah kali ni jaulah maktok sebab kami tido umah maktok

Terima kasih Intan kerana sudi ajak kami ke rumah maktok...lenkali nak pergi lagi...

nota kaki: semoga ukhwah yang terbina antara kita berkekalan hingga ke syurga



Kembara Hijrah 2012

19,20 dan 21 Januari 2012...



bermulalah kembara hijrah...
bertempat di Masjid Al-Jawaher yang indah permai lagi selesa...

walaupun saya tak dapat ikut dari awal program tapi dapat merasakan semangat sahabat-sahabat yang lain..
Ya Allah mereka sangat bersemangat membuatkan diri saya tersentak...apa yang saya dah sumbangkan dalam gerak kerja dakwah ini...rasanya terlalu sedikit yang saya sumbangkan...mudah-mudahan Allah ganjari sahabat-sahabat saya dengan ganjaran yang berharga....

Antara aktiviti sampingan mereka di sana

 Surat Musa & Harun

makan pun sedap sangat...terima kasih kepada yang memasak

ada malam pemudi...semua terlibat dlm persembahan termasuk fasi...mereka sangat berbakat (masing2 ada bakat terpendam)



 hasil kreativiti mereka....bakat terpendam lagi...


 antara tugasan individu...semoga terus istiqamah...

Program berakhir dengan eksplorace...yeay...adik-adik ni lagi la suka...Alhamdulillah semuanya selesai dengan jayanya..Harap adik-adik pulang bercuti dengan input dan bekalan yang bermanfaat...

nota kaki: melihat mereka,menjadikan ia satu motivasi untuk diri sendiri juga ;)







Friday, January 13, 2012

Don't be sad

Friday, January 13, 2012 0
Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan: "Kami beriman," dan mereka tidak akan diuji?

(Al-Ankabut:2)

manusia hidup di dunia sering diuji...tanpa ujian dariNYA maka kehidupan manusia tak berseri..sebabnya?
sebab hidup ini UJIAN...



p/s:  1) dah lama post ni tertangguh..terasa nak sambung tp tetiba xada idea
       2) banyak jugak ujian yang melanda diri tapi saya yakin Allah ada sebab yang munasabah..mungkin
           ianya satu teguran dariNYA buat saya yang sering lalai...

Sunday, December 11, 2011

Saya nak jadi macam dia...

Sunday, December 11, 2011 2
Selalu dengar orang cakap...
aku nak jadi macam dia ni...
sorang lagi pulak cakap, aku pun nak jadi macam dia...
sape dia tu?sape2 la yang dikagumi oleh orang2 ni...

Saya juga punya impian yang sama
saya jugak nak jadi macam dia..
dia yang hebat, dia yang bijak
tapi bila fikir2 semula kenapa perlu jadi dia..
jadi je la diri saya sendiri kan?
cuma ambil sikap yang positif dari dia..
insyaallah saya akan jadi lebih hebat dari dia

ya, saya akan jadi diri saya sendiri
bukan macam dia
bukan macam sesiapa...
saya boleh..


p/s:sedang mengumpul kekuatan diri
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting