Selalu dengar orang cakap...
aku nak jadi macam dia ni...
sorang lagi pulak cakap, aku pun nak jadi macam dia...
sape dia tu?sape2 la yang dikagumi oleh orang2 ni...
Saya juga punya impian yang sama
saya jugak nak jadi macam dia..
dia yang hebat, dia yang bijak
tapi bila fikir2 semula kenapa perlu jadi dia..
jadi je la diri saya sendiri kan?
cuma ambil sikap yang positif dari dia..
insyaallah saya akan jadi lebih hebat dari dia
ya, saya akan jadi diri saya sendiri
bukan macam dia
bukan macam sesiapa...
saya boleh..
p/s:sedang mengumpul kekuatan diri
Sunday, December 11, 2011
Saturday, December 10, 2011
Bila mak bersuara...
Saturday, December 10, 2011
3
Assalamualaikum...
dah lama post ni tertangguh...
dah masuk disember...what?disember?what have I done?cik fitd sila muhasabah diri anda semula from zero,OK?
Last month balik kampung atas keizinan naqibah(sebab skip program)...serius,saya tak dapat bertahan lagi andai saya terus berada di bumi skudai pada waktu itu...berbagai rasa hadir dalam diri...setelah mengadu pada mak,mak cakap,,,balikla..saya sangat terharu...memang mak sangat memahami walaupun kadang-kadang dia tak tahu pun apa masalah sebebanr saya..(terima kasih mak sebab faham kakak)..ketenangan itu hadir bila terpandangkan wajah mak ayah...Ya Allah sesungguhnya engkau sangat baik terhadap hambamu yang kerdil ini...bukan mak ayah je yang mendamaikan hati ini tapi keletah si kecik haziq juga melenyapkan semua masalah yang berserabut dalam kepala...haziq,makteh rindu haziq(dia xkan pandang gmbr konvo saya di dinding rumah bila saya ada di depan dia...cerdik sungguh si kecil yang baru berusia 8bulan.)
Ok,bila dah bercuti kat kampung,waktu cuti sekolah pulak tu tentu banyak jemputan walimah...tak terkecuali jugak saya...sempat memenuhi undangan hari bahagia kawan-kawan..tahniah kepada semua kawan yang telah melangkah ke alam baru yang lebih mencabar. berehat di kampung memang best.tenang.damai.jauh dari hiruk pikuk kesibukan warga kota (tulis macam la saya ni dok kota besar sangat..hehehe)..ye,mungkin bukan kota besar tapi penuh dengan kesibukan keadaan sekeliling..
tapi...
satu hari tu kan, mak saya dapat jemputan kenduri arwah kt rumah jiran sekampung...cucu nenek tu kawan zaman kanak-kanak saya dulu...faham x ni?xfaham lagi?ok, mak saya cakap dia nampak ayah kawan saya tu tengah sembang dengan tok imam kampung...mungkin kawan saya tu ada yang nak datang berkira (ni ayat orang kampung la...sape paham paham la ye...sape xpaham, buat2 paham jela)...gulp..telan air liur je saya waktu tu...
mak, kakak faham maksud mak..tapi mungkin belum tiba masanya untuk giliran kakak..mak doakan kakak ye..kakak serahkan semuanya pada Allah yang tentukan..
p/s:sebenarnya xsuka tulis tajuk ni sebab saya akn sedih,menangis tapi sangat tersentuh masa balik kampung aritu...mak memang tak pernah sentuh bab-bab ni tapi tak tahu la kenapa aritu mak cakap pasal ni....
Sunday, November 13, 2011
Zulhijjah, November...
Sunday, November 13, 2011
3
Assalamualaikum...
Zulhijjah 1432H datang bertamu lagi...Ya Allah cepatnya masa berlalu..hari ni dah 17 Zulhijjah..seperti biasa bulan Zulhijjah, bulan haji, bulan pengorbanan...musim haji pun dah habis..jemaah haji kumpulan pertama pun dah berangkat pulang ke Malaysia. semoga haji mereka diterima oleh Allah. Aku juga teringin sangat nak ke sana..mengadap kaabah...beribadat di tanah suci...bila dengar lagu waiting for the call-Irfan Makki...sayu je rasa..masih bersabar menanti saat itu (mudah-mudahan termakbul)..
Aidiladha disambut dengan sederhana di kampung bersama mak ayah,abang ,kakak dan adik-adik...walaupun tak semua abang kakak balik tapi kemeriahan tetap dirasa...hujan sepanjang hari pada hari raya...begitu juga hari raya kedua dan ketiga...abangku demam, denggi katanya...sampai sekarang masih belum sembuh...bacaan platlet semakin menurun dan hari ni aku dapat sms dari abangku bahawa dia mungkin dimasukkan ke icu kerana bacaan platlet semakin menurun...tinggal 25..ya Allah sembuhkanlah abangku...berikanlah dia kesabaran menghadapi ujian dariMu...rasa macam nak pergi sana je...kesian my sis in law...semoga tabah kak liza...
bila bercakap tentang pengorbanan, ya banyak yang perlu aku korbankan walaupun ia amat menyakitkan dan mengecewakan...kerna aku percaya pasti ada ganjarannya...ya Allah, kau tetapkanlah hatiku...perngorbanan itu perlu diteruskan jua...(fitd, boleh...boleh...boleh)
Owh, Zulhijjah jatuh dalam bulan November...bermaksud dah penghujung tahun 2011...aku masih lambat rasanya...so pecutan perlu dilakukan...ya Allah permudahkanlah urusan aku..
P/S:Tahniah kepada kawan-kawan yang melansungkan perkahwinan
Tahniah kepada kawan-kawan yang menimang cahaya mata
Saturday, October 29, 2011
Janji dan Rahsia
Saturday, October 29, 2011
0
"Dan penuhilah janji, sesungguhnya janji itu akan ditanyakan".
Manusia
bila berjanji dimungkiri
janji
satu perkataan yang mudah diucap
tapi sukar dilaksanakan
rahsia menjadi bualan harian
sedangkan sudah berjanji setia
hanya DIA yang maha mengetahui
sedarkah tentang balasan di sana nanti?
JANJI, RAHSIA,AMANAH....
bukan satu yang boleh diperlekehkah
bukan sesuatu yang dianggap enteng
bukanlah sesuatu hanya sekadar ucapan
nota kaki:moga diri ini terhindar dari perkara-perkara yang sebegini...
Wednesday, October 12, 2011
Keperluan bukan kemahuan...
Wednesday, October 12, 2011
0
"Tika kau lemah, jadikan Allah sebagai tempat untuk meluah rasa. Tika kau goyah, kau perlu kuat kerana kau pembawa Agama.Tika kau rebah, kau harus tabah kerana kau mujahidah muda. Ingat, kegagalan adalah kejayaan yang ditangguhkan, jangan berputus asa! Sesungguhnya orang yang berputus asa itu jauh dari rahmat Allah SWT. Sungguh Allah memberi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu."
Subscribe to:
Posts (Atom)

