Thursday, June 25, 2009
Kesibukan melanda..
dgr cam senang kn plot graf je tp sebenarnya ade lg 11 CT imej yg aku xmeasure sebab ni sume data baru n dr 11 data 2, ada lg 4 lg yg aku belum edit jd tulang sempurna..waaaaaaaaa sakit mata dah ngadap kom...tp terpaksa gk wat...kalo x, xsiap la keja aku...huhuhu...sabar2...masih ade masa lagi...harapnya aku sempat siapkan graf yg dr nk mggu depan sebab mesti dia nk tgk lepas dia blik dr oversea..fuh...penat2 tp xpela semua ni ilmu yg berguna...:)
Monday, June 22, 2009
Bulan Rejab
Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.
betapa mulia nya bulan ini sehingga rasulullah sendiri mengharamkan pertumpahan darah terjadi dlm bulan ini.
Antara peristiwa-peristiwa penting dalam bulan Rejab:
1.Hijrah Pertama
Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.
Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.
2. Isra' dan Mi'raj
Isra'dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.
Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.
Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan yang kuat.
Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi'tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi), sebahagiannya berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi'tsah; sebahagiannya berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang sebahagiannya pula berpendapat lain dari semuanya itu.
Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya "At-Tobaqatil Qubra", bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang amat bersejarah itu.(Tazkirah, Pusat Zakat N. Sembilan)
3. Perang Tabuk
Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran
4. Pembebasan Baitul-Muqaddis
Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.
5. Lahirnya Imam Syafie RH.
Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.
Sumber: Al-Azim.comThursday, June 18, 2009
KENAPA AKU DI UJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa
mereka dibiarkan saja
mengatakan; "Kami telah beriman,"
sedangkan mereka tidak diuji? Dan
sesungguhnya kami telah menguji org2
yg sebelum mereka, maka sesungguhnya
Allah mengetahui org2 yg benar dan
sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg
dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-
IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu
padahal ia amat baik bagimu, dan boleh
jadi pula kamu menyukai sesuatu,
padahal ia amat buruk bagimu, Allah
mengetahui sedang kamu tidak
mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu
melainkan sesuai dengan
kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286
RASA FRUST?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan
janganlah pula kamu bersedih hati,
padahal kamulah org2 yg paling tinggi
darjatnya, jika kamu orang-orang yg
beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman!
Bersabarlah kamu (menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara-
perkara yang berkebajikan), dan
kuatkanlah kesabaran kamu lebih
daripada kesabaran musuh, di medan
perjuangan), dan bersedialah (dengan
kekuatan pertahanan di daerah-daerah
sempadan) serta bertaqwalah kamu
kepada Allah supaya, kamu berjaya
(mencapai kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200
"Dan mintalah pertolongan (kepada
Allah) dengan jalan sabar dan
mengerjakan sembahyang; dan
sesungguhnya sembahyang itu amatlah
berat kecuali kepada orang-orang yang
khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45
APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr
org2 mu'min, diri, harta mereka dengan
memberikan syurga utk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada
Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya
aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129
AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa
drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada
berputus asa dari rahmat Allah
melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12
Renung2 kan lah ye..;)
edit tulang...
apepun...aku kena teruskan juga sebab kalo x, tulang rrangka 2 xsiap la...hehehe...
chaiyok2x...
Tuesday, June 2, 2009
Selamat Hari Lahir
Lamanya xupdate...kekeringan idea yg da sedia kering..hehe...hari ni umur aku dah 23tahun...Ya Allah sekejapnya masa berlalu...xsangka umur aku da meningkat setahun lagi...terlalu cepat rasanya masa berlalu...aku terfikir juga apa yang aku da buat sepanjang usia aku ni...apa yang telah aku sumbangkan selama ini...hmmm...semakin difikir-fikir terlalu sedikit apa yg aku telah sumbangkan...mudah-mudahan Allah permudahkan jalan untukku berbakti di atas jalanNya...
hmmm...terharu aku bila dapat ucapan selamat hari lahir dari kawan2 dan famili..terima kasih semua kerana masih mengingati...ucapan-ucapan ini membuatkan aku terfikir yang aku sebenarnya semakin jauh mengembara di dunia ini...semakin singkat masa yang ada untuk berbakti di jalanNya...ya Allah semoga kau kuatkanlah aku untuk menempuh perjalanan hidup ini...
terima kasih kak sharq yang susah2 je buatkan trifle utk aku...aku xminta apa2 pun...cukuplah sekadar doa agar kita semua masih dapat bersama berjuang di bumi Allah ini..masa nk g makan tengahari tetiba dapat sms...msg dia berbunyi camni...
"Ya Allah kau berkatilah insan yang baik ini,limpahkanlah rezekiMu padanya, tambahkan iman & keinsafannya, bahagiakan dia & dan keluarganya. Mudahkan hidup & urusannya. Terimalah ibadah &amal jariahnya. Ampuni segala dosanya, kedua ibu bapanya dan keluarganya. Hepi besday yg ke 23thn."
abg aku yang menghantar sms ini...ya Allah terharunya aku menerima sms dari seorang abang yg aku sayangi...jazakallah ya akhi...
Jzkk semua...semoga ukhuwwah kita terus mekar selamanya:)