Pages

Tuesday, August 9, 2011

Catatan Ramadhan 1

Tuesday, August 9, 2011 0
Alhamdulillah dah 8 hari umat Islam berpuasa pada tahun 2011 ni...dah nak masuk hari ke-9..Syukur padamu ya Allah kerana masih memberi kesempatan padaku untuk merasai bulan yang penuh barakah ini...2011, kali ini aku masih berpuasa di johor, tempat di mana aku banyak belajar tentang hidup,dakwah dan tarbiyah...sungguh,andai aku ditakdirkan berada di tempat lain, bumi johor tak akan pernah aku lupakan...

Beberapa hari menjelang ramadhan,diri ini rasa terlalu lemah, rasa serabut sangat...alhamdulillah dapat balik kampung...tengok je muka mak ayah,hilang segala keserabutan..betapa besarnya kuasanya...mak ayah penenang hati...dapat sambut puasa bersama orang tersayang..walaupun tak semeriah bila semua berkumpul tapi telatah haziq seorang pun dh cukup buat rumah terasa meriah...rasa tak nak balik jb...sampai hari ni masih teringat-ingat masakan mak...berbuka bersama family tersayang...sangat best..tapi tugas di sini menuntut segalanya...
 
di Jb, Alhamdulillah dikelilingi oleh sahabat-sahabat yang baik hati, hanya Allahh yang mapu membalas kebaikan mereka. Aku sayang mereka. Kadang-kadang terasa lemah tak berdaya menghadapi ujian-ujian dariMu ya Allah, tapi aku tahu engkau tak kejam kan?Moga-moga berkat ramadhan ini, semuanya akan dipermudahkan...ku mohon padamu ya Allah..

p/s: Macam mana dengan amalan di bulan ramadhan ni?tilawah?qiam?infaq?mudah-mudahan Allah memberi kekuatan untuk diri ini memperbaiki amalanku....


Wednesday, July 20, 2011

Alhamdulillah atas kurniaanmu

Wednesday, July 20, 2011 0
Assalamualaikum...
dh lama rasanya tak update blog ni...idea untuk menulis tu ada tapi biasala...masa tak izinkan...
macam2 dh berlaku 2 3 bulan ni...nak kata busy, xla sangat tp ada la keja yg perlu disetelkan...tapi bulan Julai adalah bulan yang agak busy...travel ke sana..travel ke sini (bajet mcm jauh je,padahal kl je pun)...mmgla dekat tp kalo tiap2 minggu pegi kl penat dan duit pun mengalir la kan...

aku masih buntu dengan pilihan yang harus aku buat selepas ni...tapi hidup memang perlukan pilihan...terima kasih kepada sahabat2 yang mendoakan aku di tanah suci...mungkin salah satu doa kalian termakbul untuk aku...ye, aku sangat bersyukur..

masih berfikir tentang tawaran yang aku dapat...masih perlu senaraikan adakah ini yang terbaik untukku....ini yang penting buatku setakat ni....yang lain2 bukan tak penting cuma tidak mahu terlalu memikirkan buat masa ni kerana aku yakin DIA yang lebih mengetahui...

moga keputusan yang aku dah buat untuk perkara itu adalah yang terbaik untukku...

Tuesday, May 10, 2011

Kerana Aku Sayang Kamu

Tuesday, May 10, 2011 0
Diamku tak bererti aku membenarkan
Bukan juga mengiyakan apa saja yang kau lakukan
Bisingku tidak bererti aku menyalahkan
Bukan juga melukakan
Tapi kerana aku amat menyayangimu
Maka aku cuba sedaya yang termampu
Menarikmu bersama mencari keredhaan-Nya
Di bumi yg terbentang luas ini
Kerana sayangku kepadamu
Maka aku cuba... dan terus mencuba!
Aku tak mahu berjalan mencari cahaya seorang diri
Dan membiarkan kau tergapai-gapai dalam kegelapan
Andai aku jumpa jalan
Tak akan kubiar kau sesat mencari jalan pulang
Aku akan! Itu janjiku!
Tapi hari ini hatiku benar-benar terguris
Terguris dengan tindakanmu
Terguris dengan janji palsumu untuk bersama-samaku mencari cahaya
Dan hati ini tiba-tiba timbul rasa benci
Benci kepada manusia yang menarik kau kembali ke jalan yang gelap
Hampir saja hari ini aku mungkiri janjiku itu
Namun tiba-tiba aku sedar
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Aku sama saja sepertimu
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Pasti si durjana bersorak gembira atas kelemahan jiwa mujahid ini
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Pasti, pasti pemilik cahaya itu akan bertanya kepadaku
Mengapa aku biarkan kau dalam kegelapan?
Aku tak mahu berjumpa dengan pemilik cahaya itu keseorangan..
Tak mahu..!
Kerana aku sayang kamu..
Maka aku akan cuba..dan terus mencuba!
Walau sekeping hatiku ini akan terluka teruk
Aku akan terus mencuba
Kerana aku sayang kamu, sahabatku!

sumber:iluvislam.com

Sunday, April 3, 2011

Stay Strong

Sunday, April 3, 2011 3

whatever happens, hope I will be strong...stay strong...Please guide me Ya Allah;)

Tuesday, March 15, 2011

La Tahzan

Tuesday, March 15, 2011 2
Jangan bersedih, Allah Maha pengampun dan Maha penerima taubat
Jangan bersedih, setiap sesuatu telah ada qada dan qadar
Janagn bersedih, kerana kelapangan pasti datang
Jangan bersedih, kerana rahmat Allah melimpah ruah
Jangan bersedih, memaafkan org yg menyakiti itu lebih baik
Jangan bersedih, masih banyak lagi nikmat yg ada pada diri kita
Jangan bersedih, dunia ini tidak layak ditangisi
Jangan bersedih, banyak cara untuk mengusir kesedihan
Jangan bersedih, anggaplah celaan org itu sebagai angin yang lalu
Jangan bersedih , hinaan tidak selamanya buruk
Jangan bersedih, pilihan Allah adalah yang terbaik
Jangan bersedih, selagi anda masih boleh berbuat baik kepada org lain
Jangan bersedih, keranan banyak lagi jalan untuk meringankan musibah
Jangan bersedih, masih ramai org yang menyayangi anda
Jangan bersedih, kerana masih ada kehidupan lain
Jangan bersedih, tanyalah dirimu tentang hari ini, kemarin dah esok
Jangan bersedih, kesedihan boleh merosakkan badan dan akal fikiran
Jangan bersedih, kerana hidup ini bukanuntuk bersedih
Jangan bersedih, selagi anda beriman kepada Allah
Jangan bersedih, segala yg ada didunia ini tidaklah berharga
Jangan bersedih, nikmati lah apa yang anda miliki sekarang
Jangan bersedih, bolehjadi cubaan ini adalah anugerah
Jangan bersedih, kerana anda berbeza dengan orang lain
Jangan bersedih, terkadang kesulitan mengandungi manfaat
Jangan bersedih, kehidupan ini lebih singkat dari yg kita jangkakan
Jangan bersedih, kesedihan akan membuatkan musuh anda gembira
Jangan bersedih, hadapilah kenyataan walaupun pedih
Jangan bersedih, kerana...segalanya akan berakhir..insya-Allah

sumber:iluvislam.com
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting