BAGAIMANA MENGHADAPI STRES MENURUT ISLAM
1. Membaca al-Quran dengan mentadabbur maknanya- jgn baca je, cuba la fahamkan maksud ayat yang dibaca. al-Quran adalah cahaya, hidayah dan penyembuh segala penyakit.
2. Memperbanyakkan taubat dan istighfar- kelebihan:disayangi Allah, didoakan oleh para malaikat, diampunkan doanya, diberi pelepasan oleh Allah drpd segala musibah, dimurahkan rezeki, ditinggikan kedudukan di sisi Allah.
3. Taqarrub- mendekatkan diri dengan Allah, patuhi segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.
4. Banyakkan bersedekah- Orang yg kikir sentiasa disempitkan oleh Allah s.w.t. hati dan akhlaknya kerana mereka bakhil dgn kurniaan Allah.
5. Bijak mengurus- harus bijak menguruskan masa, tenaga, keutamaan dan aset yang ada.
6. Bersangka baik terhadap Allah- kita hendaklah berbicara dan berkata positif serta penuh pengharapan kepada Allah.
7. Tawakal- berserah diri kepada Allah, setelah melakukan sesuatu perkara itu diserahkan keputusannya kepada Allah.
Ujian yang berlaku merupakan tanda Allah cinta dan sayang kepada hambaNya. sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud, "Barangsiapa dikehendaki Allah baginya kebaikan, maka akan diberikan cubaan padanya."(Riwayat al-Bukhari)
1 comments:
=)
Post a Comment