Pages

Tuesday, November 6, 2012

Hati sekeras konkrit?

Tuesday, November 6, 2012 0
hati
semua manusia punya hati
hitam putihnya hati bergantung kepada tuan hati itu sendiri
bila hati tak sihat
maka semuanya akan binasa
mahukah kita hati yang macam ni?
tentu tak kan?

macam mana nak bersihkan hati yang kotor?
zikir
solat
apa lagi?

hati sekeras konkrit?
tepuk dada tanya iman...

 konkrit ni pon xla keras mana pun...


p/s:post dikala diri xsihat tp nk berkarya

Thursday, September 13, 2012

Keliru

Thursday, September 13, 2012 0
Ku keliru
berada di persimpangan
ku tak tahu hendak memilih
atau hanya membiarkan terpilih
tapi...
mustahil untuk terpilih
apa yang pasti
aku harus memilih

hanya padaMu tempat aku mengadu
moga kekusutan ini Kau rungkaikan
hanya padaMu
aku mengharap
moga ini adalah yang terbaik...

Friday, August 10, 2012

Pergilah dengan tenang

Friday, August 10, 2012 2
Pergilah dengan tenang
ku lepaskan kau pergi
ku biarkan kau berlari
berlari mencari apa yang kau mahu
pergilah
aku tak berdaya menahan
kerana aku tak punya kekuatan
biarlah ku disini bersendirian
mencari kekuatan yang kau tinggalkan
Aku masih punya Tuhan
yang tak mungkin tinggalkan ku sendirian
pergilah dengan tenang...
ku doakan semuanya beroleh keberkatan


maafkan aku...

Thursday, July 5, 2012

Thursday, July 5, 2012 0
BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH

Friday, June 8, 2012

Recharge

Friday, June 8, 2012 0
Masa terus berjalan tanpa menunggu sesiapa pun termasuklah diri saya. Ya, saya harus lebih cepat mendahului masa itu. Baka kata pepatah arab, masa itu ibarat mata pedang, jika kita tidak memotongnya, dia akan memotong kita. Alangkah ruginya kan? Minggu lepas, balik kampung setelah 3bulan tak balik (lama jugak xbalik tgk muka mak ayah). Walaupun balik 4hari je tapi alhamdulillah, dapat kumpulkan semangat semula. Keletah si kecik Haziq boleh lupakan masalah kejap.

ni la budak yang xreti dok diam..makteh rindu haziq oredi...

Balik kampung, recharge semangat. Rasa macam takmau balik JB semula. Kan best dapat dok umah selamanya tapi ada tanggungjawab yang tak selesai lagi. Ya Allah permudahkanlah urusan saya. Bila balik kampung time cuti sekolah, biasalah banyak jemputan kenduri kawen. Kawan eshad je 3orang, tak masuk yang lain2 lagi. tapi aku hanya berkesempatan memenuhi 1 undangan je. maaf ye kawan-kawan. Bila masuk bab kawen2 ni, soalan cepu mas untuk saya tak pernah tertinggal. Jawapan skema la saya bagi (sapa suruh tanya). Bukan takat kakak2 saya yang tanya tapi da sampai anak2 buah saya plak yang bertanya...malas nak layan...hampa semua tunggu jela ye...tunggu sampai tiba masa yang sesuai.

Yang penting semangat dah recharge kembali. balik jb rutin kembali macam biasa...yang lain2 saya ketepikan dulu...utamakan yang lebih utama.yeaaaaaaaaa saya bersemangat skarang;)
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting