Pages

Thursday, November 29, 2012

Life is a test

Thursday, November 29, 2012 0


Hidup ini satu ujian
apa yang kita nak tak semestinya dapat
apa yang kita taknak, itu yang kita dapat
tapi percayalah
mungkin itulah yang terbaik untuk kita

Kadang-kadang Allah berikan kita nikmat
tapi kita tak pernah bersyukur
bila dah susah barulah kita sedar
bangunlah, bangkitlah
sedarlah kerana semuanya hanya sementara di dunia ini
tiada yang kekal di dunia
hanya pinjaman semata-mata

hidup ini ujian
hanya diri yang dapat menilai
mana yang baik, mana yang buruk
buatlah pilihan yang terbaik
sesuai dengan syariat yang telah ditetapkan
agar semuanya diredhai dan diberkati



"Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)." (67:2)

p/s:ada sesuatu yang memberat dalm fikiran..taknak fikir tapi perlu fikir..semoga dipermudahkan urusan,insyaallah.Ameen.

Tuesday, November 6, 2012

Hati sekeras konkrit?

Tuesday, November 6, 2012 0
hati
semua manusia punya hati
hitam putihnya hati bergantung kepada tuan hati itu sendiri
bila hati tak sihat
maka semuanya akan binasa
mahukah kita hati yang macam ni?
tentu tak kan?

macam mana nak bersihkan hati yang kotor?
zikir
solat
apa lagi?

hati sekeras konkrit?
tepuk dada tanya iman...

 konkrit ni pon xla keras mana pun...


p/s:post dikala diri xsihat tp nk berkarya

Thursday, September 13, 2012

Keliru

Thursday, September 13, 2012 0
Ku keliru
berada di persimpangan
ku tak tahu hendak memilih
atau hanya membiarkan terpilih
tapi...
mustahil untuk terpilih
apa yang pasti
aku harus memilih

hanya padaMu tempat aku mengadu
moga kekusutan ini Kau rungkaikan
hanya padaMu
aku mengharap
moga ini adalah yang terbaik...

Friday, August 10, 2012

Pergilah dengan tenang

Friday, August 10, 2012 2
Pergilah dengan tenang
ku lepaskan kau pergi
ku biarkan kau berlari
berlari mencari apa yang kau mahu
pergilah
aku tak berdaya menahan
kerana aku tak punya kekuatan
biarlah ku disini bersendirian
mencari kekuatan yang kau tinggalkan
Aku masih punya Tuhan
yang tak mungkin tinggalkan ku sendirian
pergilah dengan tenang...
ku doakan semuanya beroleh keberkatan


maafkan aku...

Thursday, July 5, 2012

Thursday, July 5, 2012 0
BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH
 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting