Pages

Sunday, November 13, 2011

Zulhijjah, November...

Sunday, November 13, 2011 3
Assalamualaikum...

Zulhijjah 1432H datang bertamu lagi...Ya Allah cepatnya masa berlalu..hari ni dah 17 Zulhijjah..seperti biasa bulan Zulhijjah, bulan haji, bulan pengorbanan...musim haji pun dah habis..jemaah haji kumpulan pertama pun dah berangkat pulang ke Malaysia. semoga haji mereka diterima oleh Allah. Aku juga teringin sangat nak ke sana..mengadap kaabah...beribadat di tanah suci...bila dengar lagu waiting for the call-Irfan Makki...sayu je rasa..masih bersabar menanti saat itu (mudah-mudahan termakbul)..

Aidiladha disambut dengan sederhana di kampung bersama mak ayah,abang ,kakak dan adik-adik...walaupun tak semua abang kakak balik tapi kemeriahan tetap dirasa...hujan sepanjang hari pada hari raya...begitu juga hari raya kedua dan ketiga...abangku demam, denggi katanya...sampai sekarang masih belum sembuh...bacaan platlet semakin menurun dan hari ni aku dapat sms dari abangku bahawa dia mungkin dimasukkan ke icu kerana bacaan platlet semakin menurun...tinggal 25..ya Allah sembuhkanlah abangku...berikanlah dia kesabaran menghadapi ujian dariMu...rasa macam nak pergi sana je...kesian my sis in law...semoga tabah kak liza...

bila bercakap tentang pengorbanan, ya banyak yang perlu aku korbankan walaupun ia amat menyakitkan dan mengecewakan...kerna aku percaya pasti ada ganjarannya...ya Allah, kau tetapkanlah hatiku...perngorbanan itu perlu diteruskan jua...(fitd, boleh...boleh...boleh)

Owh, Zulhijjah jatuh dalam bulan November...bermaksud dah penghujung tahun 2011...aku masih lambat rasanya...so pecutan perlu dilakukan...ya Allah permudahkanlah urusan aku..

P/S:Tahniah kepada kawan-kawan yang melansungkan perkahwinan
       Tahniah kepada kawan-kawan yang menimang cahaya mata
     

Saturday, October 29, 2011

Janji dan Rahsia

Saturday, October 29, 2011 0
"Dan penuhilah janji, sesungguhnya janji itu akan ditanyakan".

Manusia
bila berjanji dimungkiri
janji
satu perkataan yang mudah diucap
tapi sukar dilaksanakan
rahsia menjadi bualan harian
sedangkan sudah berjanji setia
hanya DIA yang maha mengetahui
sedarkah tentang balasan di sana nanti?
JANJI, RAHSIA,AMANAH....
bukan satu yang boleh diperlekehkah
bukan sesuatu yang dianggap enteng
bukanlah sesuatu hanya sekadar ucapan

nota kaki:moga diri ini terhindar dari perkara-perkara yang sebegini...

Wednesday, October 12, 2011

Keperluan bukan kemahuan...

Wednesday, October 12, 2011 0

"Tika kau lemah, jadikan Allah sebagai tempat untuk meluah rasa. Tika kau goyah, kau perlu kuat kerana kau pembawa Agama.Tika kau rebah, kau harus tabah kerana kau mujahidah muda. Ingat, kegagalan adalah kejayaan yang ditangguhkan, jangan berputus asa! Sesungguhnya orang yang berputus asa itu jauh dari rahmat Allah SWT. Sungguh Allah memberi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu."

Wednesday, October 5, 2011

Decision....

Wednesday, October 5, 2011 3
Semoga keputusan yang telah dibuat memberi manfaat kepada semua, insyaallah....

Susah kan nak buat keputusan...hanya Allah yang mampu memberi jalan penyelesaian yang terbaik...memang rasa berat itu sentiasa ada tapi DIA yang lebih mengetahui segala-galanya...

"Diwajibkan ke atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

Monday, August 15, 2011

Catatan Ramadhan 2

Monday, August 15, 2011 0
Ramadhan 15...sudah pertengahan fasa kedua-maghfirah(keampunan).....jom sama-sama kita memanfaatkan masa yang masih ada ni...rebut peluang yang masih berbaki ni...

Alhamdulillah masih diberi kesempatan olehNya menunaikan kewajipan berpuasa di bulan yang mulia ini...ramadhan 14 sangat istimewa...Alhamdulillah dapat peluang sekali lagi untuk berbuka bersama adik-adik yang sangat istimewa...menjejakkan kaki ke dalam teratak yang sangat unik, terasa sejuk dan mendamaikan...di sambut dengan senyuman...Ya Allah, sangat mendamaikan jiwa. Rindu untuk bertandang ke sana lagi terubat sikit..ye la dh setahun kot tak ke sana...

mendengarkan zikir al-ma'thurat yang dialunkan terasa terusik jiwa...bermula dengan solat asar berjemaah bersama-sama mereka, kemudian taaruf dan kami main games bersama...simple tapi terkesan...terima kasih kak yati yang handle semuanya...aku jadi kelu untuk berkata-kata...melihatkan disiplin mereka yang sangat teratur, sangat dedikasi...sebak mengenangkan diri sendiri...moga diri ini juga terus kuat dan tabah....tarbiyah dzatiyah mereka sangat kuat...alhamdulillah...mereka insan terpilih...

Madrasah ramadhan mereka sangat best(ni aku rasa la...tp mmg best pun)...bermula dengan qiam,tilawah, dan ibadah-ibadah lain...Ya Allah, diri aku pun tak sekuat dan setabah mereka...satu pengajaran bagi diri aku sendiri(azam pada diri sendiri, insyaallah)..

Ada yang sudi berkongsi cerita dan berkongsi rasa dengan aku dan yang lain-lain tapi biarlah aku simpan sebagai koleksi peribadi saja...yang penting mereka insan terpilih untuk lebih dekat dengan DIA...sungguh DIA sangat sayangkan orang-orang yang ingin dekat denganNya...semoga mereka semua sentiasa dalam lindungan Allah...manusia ni tak semuanya perfect...aku juga banyak kekurangan,,

Alangkah indahnya hidup ini andai semua saling menegur jika ada kesalahan tak kira tua atau muda...itu lebih baik kan...Sebagai seorang muslim, tanggungjawab amar ma'ruf nahi mungkar perlu disemat dalam diri masing-masing...

akan rindukan saat-saat macam semalam...entah bila akan bertemu lagi..berat hati untuk melangkah pulang...insyaallah, satu hari nanti pasti kita bertemu lagi...


 
◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates. Blog Templates created by Web Hosting